Separa sedar
Separa sedar

Separa sedar

Istilah separa sedar digunakan dalam pelbagai konteks yang berbeza dan tidak memiliki satu takrif tunggal atau yang tepat. Akibat alasan ini, kebergunaannya sebagai satu konsep yang bermakna amat terbatas dan justera, penggunaannya cenderung dielakkan oleh ahli akademik dan ahli sains.Bagaimanapun, dalam pertuturan sehari-hari serta karya popular, istilah ini kerap ditemui dan dipergunakan untuk merujuk kepada apa yang dikatakan 'lapisan' atau 'tahap' proses pemikiran (dan/atau persepsi) yang terletak 'di bawah' kesedaran — sekali lagi, kebergantungan anggapan ini terhadap model 'psikologi rakyat' tak formal yang masih kabur bererti bahawa sifat lapisan tersebut yang tepat tidak dinyatakan secara eksplisit atau hanya memiliki kualiti ad hoc.Pada waktu yang lain, rujukan terhadap 'separa sedar' sebagai satu perantaraan diberi berbagai-bagai keupayaan dan kuasa yang melewati apa yang dimiliki oleh kesedaran. 'Separa sedar' dikatakan dapat mengingat, mengesan, dan menentukan perkara di luar jangkauan atau kawalan minda sedar. Gagasan 'separa sedar' sebagai suatu perantaraan yang berkuasa telah membenarkan istilah itu ditonjolkan dalam kepustakaan Zaman Baharu dan kepustakaan usaha diri, dengan penyelidikan atau pengawalan apa yang dikatakan pengetahuan atau kuasanya dilihatkan sebagai bermanfaat. 'Separa sedar' juga dikatakan mengandungi sesetengah naluri, dorongan, keinginan, dan pemikiran yang primitif yang telah dinafikan, suatu pengaruh daripada tradisi psikoanalisis. Pierre Janet, ahli psikologi Perancis, memperlihatkan 'separa sedar' sebagai aktif dalam saranan hipnosis serta juga sebagai sebahagian psike (jiwa) yang gagasan dapat disimpan menerusi proses yang melibatkan 'pemisahan' minda dan penyekatan medan kesedaran.